
Semut...Sekali pandang, semut adalah sejenis makhluk kecil yang tidak memberikan apa-apa manfaat dalam kehidupan manusia. Namun begitu, makhluk kecil ini mendapat perhatian istimewa dalam agama islam sehinggakan di dalam kitab suci Al-Quran sendiri ada suatu surah khas yang dinamakan semut iaitu Surah Al-Naml.. ringkas utk disebut..hasil gabungan characters 's','e','m', 'u' dan 't'...namun di sebalik kejadian ciptaan Tuhan yg begitu halus ini terletaknye 1001 pedoman yg boleh dijadikan sebagai iktibar,sebagai satu "link" utk kgkawan semue untuk lebih mghargai dimana letak nya diri ini didalam mencari satu "nilai" dalam meneruskan khdpan....
Ahli kimia dan biologi telah bergabung untuk merungkai misteri dan rahsia di sebalik keunikan serangga jenis semut ini yang tidak dipecahkan sejak berabad-abad lamanya. Saintis kimia dan biologi berusaha untuk menemukan sejenis sebatian kimia yang tersimpan di dalam jasad semut yang membolehkan mereka berinteraksi, kehidupan mereka yang tersusun, teratur, tekun dan juga berdisiplin dalam menjalankan kehidupan sebagai seekor semut di alam ini.
Selain itu, satu lagi fenomena yang cuba untuk difahami oleh saintis ialah tentang bagaimana semut-semut ini mampu mengenali ribuan semut lain di dalam sarang dan koloni mereka, namun akan mula bertindak agresif dan menyerang kumpulan semut yang datang dari koloni lain. Hipotesis awal menunjukkan sebatian kimia yang ada pada semut ini mempengaruhi setiap tindak tanduk semut.
Alangkah istimewanya hasil ciptaan Tuhan ini..alangkah beruntung jika apa yg dilakukan oleh koloni semut ini dapat diadaptasikan 100% di dalam kalangan manusie...apa yg pastie!!masih banyak rahsia alam yg tidak dketahui oleh manusia...kerana ilmu manusia itu secetek setitis air laut dihujung jari...alangkah luas nya ilmuNya..subhanallah...


1 comment:
salam. hanya ALLAH sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita.
hmm,gigitan semut tu hanya menggambarkan keperitan yang hanya sebesar zarah di neraka nanti [if yang melanggar perintah ALLAH].
jadi,bersyukurlah dengan apa yang ALLAH lakukan pada kita.
smga kita mendapat perlindungan daripada-NYA.
aminnnn.
Post a Comment