CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 03, 2013

ســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
'IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL'

assalamualakum warahmatullah...
alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah
dengan izinNya masih mampu menghela nafas,
masih mampu berdiri untuk melaksanakan tuntutan
sebagai hambaNya yang tidak lari daripada kekurangan,
daripada kealpaan, dan juga daripada kelemahan  ...


Segala pujian itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. 
Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, 
Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya 
yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.


Ya Allah…

Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. 
Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan 
baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu
 dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.
Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi 
segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku 
perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui
 segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya 
kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat 
sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang 
telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa 
dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah 
meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah 
hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah 
cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah…

Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku 
bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki Arasy yang agong. Selawat dan 
salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan 
ahli keluarga serta para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

buat 'sahabat'...



No comments:

Post a Comment