CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 02, 2010

sukarnya mencari teman..


Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

Cerita yang menarik mengenai betapa sukarnya untuk mencari seorang sahabat sejati walaupun ianya darah daging sendiri.. Begitulah ragam manusia, apabila senang ramai manusia akan mengerumuni tapi bila susah sorang pun tak nak dekat....kadand2 terfiir..antara garam dgn gula..mana satu lebih bagus..garam boleh mngubati,gula pun sama..ada baik ada buruk nye..

Memang diakui memang sukar untuk mencari sahabat.. Kawan memang ramai tapi dalam banyak-banyak kawan tu belum tentu satu pun yang akan terus menjadi sahabat anda sehingga akhir hayat.. Sedangkan pasangan anda juga tidak semestinya akan menjadi seorang sahabat..

Dalam mencari sahabat kadang-kadang kita sentiasa ditipu dengan tingkah laku seseorang.. Rakan yang disangka sahabat sanggup menikam kita tatkala kepercayaan diberi manakala rakan yang disangka musuh sanggup menghulurkan bantuan.. Memang dunia ni penuh dengan keunikan.. Setiap insan memiliki personaliti yang berbeza..


berjumpakah sa
ya dengan sahabat sejati??Adakah ianya masih wujud di alam maya ini atau mungkin saya terlepas pandang dan tidak tahu menilai sahabat..Mungkinkah saya agak cerewet dalam memilih sahabat??Wallahualam..

renungkan sejenak satu pepatah arab ni:

“Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Oleh itu,sahabat2 sekalian,berhati2 lah di dalam memilih seorang insan yg bergelar "teman"..kerana ianya mencerminkan siapa diri kita yg sebenarnya...

No comments:

Post a Comment