Ketika aku minta pada ALLAH S.W.T
setangkai bunga segar,
dia memberiku kaktus berduri..
aku pun minta padaNya sejenis haiwan yang cantik,
dia memberiku seekor ulat berbulu..
aku sedih dan kecewa..
betapa tak adilnya semua ini..
Namun kemudian,
kaktus itu kulihat mula berbunga,
sangat indah,
ulat itu pula berubah menjadi
rama-rama yang amat cantik..
itulah iradat dan ketentuan ALLAH S.W.T,
indah pada waktunya!
ALLAH S.W.T. tidak memberi apa yang kita harapkan,
tetapi Dia memberi apa yang hambaNya perlukan..!!


2 comments:
sila usha blog sy. ada sumthg utk awk. :)
yeke...
yg mane 2 yer??=P
Post a Comment