
Wahai kakakku..
kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu
asyik berteman tangis dan sendu sahaja
wahai adikku..
bukan wanita itu lemah
dek kerana tangis dan sendunya
tetapi disitulah wahai adikku
kekuatan bisa meleburkan ego
seorang lelaki menjadi izzah yg paling gah
bahkan lebih gah egonya
seorang lelaki kerana sendu rayunya
musa a.s. terselamat dari
kekejaman firaun
duhai adikku..
lembut wanita itu bukan lemah
tetapi senjata
namun wahai kakakku..
wanita itu fitnah dunia
pernahkah adikku dengar..
pesanan Ilahi pd hambanya?
"wahai lelaki-lelaki yg beriman
tundukkanlah pandanganmu dan tutuplah auratmu"
cuba adik nilai..
pada siapa terlebih dahulu Allah
dahulukan pesanannya?
pada hamba yang bergelar ar-rijal
kerana andai si lelaki menjaga pandangannya
maka tidak mungkinlah terlihat
akan wanita yg menjadi fitnah
pada dirinya
dan tidaklah Allah lupakan pesanan
buat wanita agar memelihara auratnya
kerana di situlah kehormatannya
bukan fitnah semata-mata jikalau ar-rijal
dan an-nisa' sama-sama mematuhi pesanan
Ilahi itu!
"sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah
itu lebih baik drpd ribuan lelaki yg soleh"
tapi kakakku..
kenapa wanita itu menjadi peragaan?
tidakkah mereka berasa malu?
wahai adikku sayang..
"al-haa'(malu)"ada dalam diri setiap insan
wujudnya seiring dgn nafas insani
dan al-haya' itulah pakaian iman
pada diri wanita itu indah al-haya'
sebagai pembenteng diri
namun adikku..
bila mana al-haya' itu lebur
maka imannya runtuh
kenapakah mereka merelakan diri
menjadi peragaan?
kerana mereka sebenarnya paranoid
merasakan diri belum cukup menarik
mereka sebenarnya yg kalah dr segi psikologi
namun adikku..
wanita solehah itu pasti melindung diri
mereka dari perbuatan murahan itu
wahai adikku..
1001 keindahan penciptaan wanita
pandai-pandailah dikau menilai
antara permata dan debu-debu kilauan pasir
wahai adikku..
janganlah adik gusar
tatkala tiada lelaki yg hadir memetikmu
dan janganlah engkau sesekali merendahkan dirimu
menggugurkan diri..menyembah tanah..
sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan
begitu tinggi martabatmu....


1 comment:
ingat lah wahai
insan2 yg bergelar wanita
diluar sana.....
Post a Comment